Sabtu, 28 Januari 2012
Jom pekena Sambal Goreng Tempe Suhun ........
SAMBAL GORENG TEMPE SUHUN
Bahan2:
1 peket tempe (potong dadu dan goreng sebentar)
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1/4 sudu besar gula
1/4 cawan minyak
3 sudu besar air
10 ekor udang saiz sedang
sedikit garam
sedikit suhun (goreng dan hancurkan)
sedikit oat
Cara:
1. Goreng tempe sekejap, ketepikan dan goreng suhun, toskan. Guna minyak yang sama untuk tumis. Tumiskan bawang, masukkan cili kisar, sos tiram, garam dan gula dan air. Kemudian masukkan udang .Biar pecah minyak dan udang masak.
2. Bila sudah pecah minyak, masukkan tempe gaul2 sebati. Tutup api. Taburkan 1/2 bahagian suhun, gaul. Hidangkan dan taburkan suhun juga oat.
Selamat mencuba... resepi yang ringkas dan mudah..
Khamis, 26 Januari 2012
Puding Jagung Ibuku
PUDING JAGUNG MAK LONG HABIBAH
Resepi : Emak
Bahan:
1 bungkus tepung jagung/ tepung kastad
2 tongkol jagung (hiris nipis)
300gm gula
2 sudu marjerin
1 tin santan (tin susu) * boleh diganti dengan susu cair
1 liter air (klu pekat tambah air lagi)
Sedikit garam
Cara:
1. Kacau dulu tepung jagung/tepung kastad bersama garam dan air hingga sebati dan tapis.
2. Tuangkan adunan tadi ke dalam kuali, kemudian masukkan gula, marjerin dan jagung.
3. Masak di atas api kecil. Kacau hingga masak. Tuangkan dalam bekas. Sejukkan dan hidang.
Pembuka bicara..... Salad buah-buahan
Resepi yang ringkas dan mudah... kita tengok apa bahannya..
SALAD BUAH-BUAHAN
1 biji epal hijau (dadu kecil)
1 biji epal merah (dadu kecil)
1 biji kiwi hijau
Sedikit anggur
Sedikit buah beri biru
Sedikit strawberi
1 sudu besar perahan lemon
Mayonis secukupnya
1 sudu teh gula
1/2 sudu besar minyak zaitun (minyak jagung pun boleh..)
Caranya:
1. Satukan mayonis, gula, perahan lemon, minyak zaitun gaul sebati.
2. Kemudian masukkan semua buah-buahan gaul rata. Simpan dalam peti sejuk biar 30 minit.
3. Keluarkan. Hidang..apa lagi makan ler... nyaman sejuk2 :)
* Gantikan dengan apa2 buah pun x pa.. asalkan sesuai :)
Salam Ukhwah... Salam Pengenalan... Ahlan Wa Sahlan :)
Assalamualaikum......... Ahlan Wa Sahlan ke sini... hanya sekadar santai-santai.. berkongsi ilmu, meneroka dunia masakan yang menjadi minat saya sejak kecil.... harap para blogger senior dalam masakan dapat mengajar, menegur jika ada kesilapan.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolok jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Terima kasih yang tak terhingga kepada mak saya Hjh. Habibah yang sentiasa beri dorongan dan sokongan tanpa jemu, memberi ilmu masakan kepada saya.. Terima kasih juga kepada arwah abah Hj. Mohd Yusof.. sentiasa melayan kerenah anakmu ini.. Al-Fatihah untuk arwah abah..Masih ingat lagi kata-kata kedua ibu bapa saya..
"Belajar la, buat la..yang nak makan kita, kalau tak jadi kita punya jugak. abah tak halang nak belajar masak" arwah abah berkata ketika saya remaja.
"Mak bagi bahan asas, kakak pandai-pandailah olah sendiri" ini kata2 mak.
Langgan:
Catatan (Atom)