Ahad, 20 Mei 2012

JEM NENAS

Assalamualaikum

maaf banyak2 baru hari ni ada kesempatan untuk kongsi resepi. Menulis blog ni hanya suka2, nak kongsi resepi yang mudah2 saja.. nak kongsi resepi jem nenas mak saya.kebetulan 2 minggu lepas cikgu di sekolah saya bertugas ada bagi nenas. 2 potong saja yang tambah dalam siakap 3 rasa, dari tak termakan saya olah jadikan jem. Jom kita semak resepinya.

JEM NENAS

Resepi mak Puan Habibah Salleh



 Bahan:

1 biji nenas ranum (saiz sederhana)
3/4 cawan gula
1 inci kulit kayu manis
1/2 biji lemon/ limau nipis (ambil jusnya)

Cara:
1. Sagat nenas.
2. Dalam kuali,masukkan nenas,gula dan kayu manis. Masak dengan api kecil. Kacau hingga agak pekat dan tambahkan jus lemon/lmau nipis. Kacau lagi hingga pekat. jika tak pekat boleh tambahkan 1/2 sudu kecil tepung jagung/gandum untuk memekatkan jem.Masak bagi lama.
3. Tutup api dan sejukkan jem. Sedia untuk dimakan bersama roti,biskut dan apa jua yang sesuai.

Selamat Mencuba :)


Khamis, 3 Mei 2012

Sup Ikan Merah AzAna ;)


SUP IKAN MERAH AzAna

Bahan A:
2-3 keping isi ikan merah (nak boh kepala dia pun ikut suka)

Bahan B:
2 sudu besar minyak
1 peket sup ikan Adabi
1 batang serai (diketuk)
1 ulas bawang merah (hiris nipis)
1 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 inci halia (hiris nipis dan memanjang)


Bahan C:
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci halia* (* tumbuk)
3 mangkuk air
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Bahan D (sampingan):
1 biji kentang ( potong 6 )
1/2 batang lobak merah ( potong 1/2 inci )

Bahan hiasan:
Daun bawang, daun saderi (potong 1 inci)
1 biji Tomato (belah 4)

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan B hingga garing dan masukkan bahan C yang ditumbuk hingga wangi. kemudian masukkan air, garam.
2. Masukkan bahan D biar hingga empuk ubi kentang dan lobak merah.
3. Bila ubi kentang dengan lobak dah empuk, masukkan ikan dengan asam gelugor. Biar masak ikan tu. Bila ikan dah masak, masukkan tomato. Tutup api.
4. hidangkan dan hiaskan dengan daun bawang dan daun saderi.


Selamat mencuba :)

 

 

Lama tak jenguh dapur ni

nak kata buat macam2 kerja rasanya tak.. tp 2 la kalau mood ya mahmud x mai jgn dok harap la nak buka pintu pondok ni... setelah makin sihat.. syukur alhamdulillah Dia bg macam2 nikmat yang patut saya syukuri.. diberinya ujian yang Dia tahu saya mampu lalui.. terima kasih suamiku sanggup hadapi dugaan ini..

baiklah.. tok sah cakap banyak mai kita kemaih ghumah kita ni abang... pas ni kena ghajin2 mai buka pintu, tingkap pondok ni.. berkuap sangat sebab dah lama dok terkatup... fuhh!! leganya dah cuci segala bagai.. hehe

sembang2 gak.. jom kita layan menu untuk abang yang demam tu.. menu 2 hari lepas baru sempat nak tempek.. masak yang ringkas2 ja..

Sabtu, 28 Januari 2012

Jom pekena Sambal Goreng Tempe Suhun ........


SAMBAL GORENG TEMPE SUHUN

Bahan2:

1 peket tempe (potong dadu dan goreng sebentar)
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1/4 sudu besar gula
1/4 cawan minyak
3 sudu besar air
10 ekor udang saiz sedang
sedikit garam
sedikit suhun (goreng dan hancurkan)
sedikit oat

 Cara:

1. Goreng tempe sekejap, ketepikan dan goreng suhun, toskan. Guna minyak yang sama untuk tumis. Tumiskan bawang, masukkan cili kisar, sos tiram, garam dan gula dan air. Kemudian masukkan udang .Biar pecah minyak dan udang masak.
2. Bila sudah pecah minyak, masukkan tempe gaul2 sebati. Tutup api. Taburkan 1/2 bahagian suhun, gaul. Hidangkan dan taburkan suhun juga oat.

Selamat mencuba... resepi yang ringkas dan mudah..




Khamis, 26 Januari 2012

Puding Jagung Ibuku


PUDING JAGUNG MAK LONG HABIBAH

Resepi : Emak

Bahan:

1 bungkus tepung jagung/ tepung kastad
2 tongkol jagung (hiris nipis)
300gm gula
2 sudu marjerin
1 tin santan (tin susu) * boleh diganti dengan susu cair
1 liter air (klu pekat tambah air lagi)
Sedikit garam

Cara:

1. Kacau dulu tepung jagung/tepung kastad bersama garam dan air hingga sebati dan tapis.
2. Tuangkan adunan tadi ke dalam kuali, kemudian masukkan gula, marjerin dan jagung.
3. Masak di atas api kecil. Kacau hingga masak. Tuangkan dalam bekas. Sejukkan dan hidang.


Pembuka bicara..... Salad buah-buahan


Resepi yang ringkas dan mudah... kita tengok apa bahannya..

SALAD BUAH-BUAHAN

1 biji epal hijau (dadu kecil)
1 biji epal merah (dadu kecil)
1 biji kiwi hijau
Sedikit anggur
Sedikit buah beri biru
Sedikit strawberi
1 sudu besar perahan lemon
Mayonis secukupnya
1 sudu teh gula
1/2 sudu besar minyak zaitun (minyak jagung pun boleh..)

Caranya:

1. Satukan mayonis, gula, perahan lemon, minyak zaitun gaul sebati.
2. Kemudian masukkan semua buah-buahan gaul rata. Simpan dalam peti sejuk biar 30 minit.
3. Keluarkan. Hidang..apa lagi makan ler... nyaman sejuk2 :)

* Gantikan dengan apa2 buah pun x pa.. asalkan sesuai :)

Salam Ukhwah... Salam Pengenalan... Ahlan Wa Sahlan :)

Assalamualaikum......... Ahlan Wa Sahlan ke sini... hanya sekadar santai-santai.. berkongsi ilmu, meneroka dunia masakan yang menjadi minat saya sejak kecil.... harap para blogger senior dalam masakan dapat mengajar, menegur jika ada kesilapan.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolok jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada mak saya Hjh. Habibah yang sentiasa beri dorongan dan sokongan tanpa jemu, memberi ilmu masakan kepada saya..  Terima kasih juga kepada arwah abah Hj. Mohd Yusof.. sentiasa melayan kerenah anakmu ini.. Al-Fatihah untuk arwah abah..

Masih ingat lagi kata-kata kedua ibu bapa saya..

"Belajar la, buat la..yang nak makan kita, kalau tak jadi kita punya jugak. abah tak halang nak belajar masak" arwah abah berkata ketika saya remaja.

"Mak bagi bahan asas, kakak pandai-pandailah olah sendiri" ini kata2 mak.


Arwah abah dan mak


Terima kasih semua :)